Kawalan dan keutamaan – Kunci Ibadah

Tersangant banyak halangan, gangguan, cabaran, halangan, cubaan dan cabaran dalam melaksanakan ibadat, terutamanya dalam kita ingin melaksanakan aksesori ibadat untuk memantapkan amalan kita. Halangan biasanya kita nampak yang besar, nyata dan kita berpendapat bahawa kita boleh menghalanginya. Memang benar, sebagai contoh, gangguan rakan sebaya, hasutan dan sebagainya biasanya kita cuba mengatasinya.
Namun, halangan yang menghalang kita secara tidak sedar merupakan musuh utama yang perlu kita sedar dan berusaha menghindarinya.
Sebagai contoh, ramai yang leka melayari Internet untuk mendapat berita-berita terkini yang kebanyakkan kita sudah jangka dan tidaklah Tersangant penting kepada kita sehingga kita terabainya mentadarus dan mentadabur ayat-ayatNya. Masa untuk menatapi kiatb agama, masa untuk menghafal ayat-ayat, dan banyak masa yang lebih utama kita laksanakan untuk mendapat rehdaNya berlalu dengan hal yang remeh. Musuh ini sebenarnya ramai tidak meneyedari kerana asyik.
Ingatlah syaitan mempunyai perlbagai tipu untuk melelai dan seterusnya menyesatkan anak cucu Adam.
Kawalan dan memilih mana yang utama dan penting merupakan kaedah supaya amalam terus istiqamah. Mohonlah pertolongan dan keampunanNya.

Leave a Reply