KAMPUNGKU!

KAMPUNGKU ,,
Tidak banyak berubah fizikalnya hanya kediaman bertambah serta kecantikan terserlah
Kemudahan seperti dulu ada air ada api(letrik)
Zaman pelita ayam( pelita menggunakan minyak gas{gasoline})sudah belalu
RumahNya baru, cantik dan kemas
Mobiliti kehidupannya ketara berubah, hampir setiap rumah ada kereta
Zuriatnya semakin berjaya, hampir setiap keluarga berjaya menghantar anaknya ke menara gading
Namun, sayang sekali sikap dan kesungguhan untuk beribadat tidak banyak terserlah
Jemaah masjid tidak banyak bertambah
Suraunya hampir menjadi sejara tiada pelapis ayahandaku
Ilmu agama tidak ketara bertambah
Jemaah tengah solat sunat rawatib qabliah lampu dan kipas sudah di’off,kan
Jemaah datang awal tapi berborak kosong menanti solat fardu
Masih ramai yang tidak terliur menambah amal dengan solat sunat, bertadarus atau berada di majlis ilmu walau usianya sudah hampir di penghujung
Egonya masih tebal dalam membesarkan diri
Banding-membanding ketara menjadi penyakit di antara mereka
Keutamaan dikesampingan,,manakala yang remeh diutamakan
Entah ke mana mereka menuju dan yang rasa dirinya berilmu entah ke mana ingin dibawanya mskmumnya!
Aku yang meninggalkan kampung dulu dalam keadaan jahil masih dipersepsikan jahil ( CATATAN -memang masih jahil, namun giat berusaha mengurangkan kejahilanku)

Aduhai kampung ku !
Namun, rindsku kuat menggamit untuk kembali
Namun, aku reda di sini
Dan ku mohon redaMU ya ALLAH.

Leave a Reply