KADANG-KADANG PELIK JUGA!

Semalam ada jemaah surau. Jemaah ini merupakan jemaah baru tapi kerap juga ke surau dan kebetulannya berjiran dan belum dapat menguasai bahasa Melayu. Melalui perbualan singkat sementara menunggu solat Isyak, beliau menjelaskan baru pindah ke sini mengikut isterinya orang tempatan Sandakan. Beliau berbangsa arab berasal dari Palestin. Boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan speaking english. Pakaiannya ala tempatan dengan bersarung kain pelikat, cuma cara memakainya agak janggal. Pada suatu malam selepas saya mengimani solat fardu maghrib( kerana imam yang berkelayakkan belum sampai) jemaah tadi memohon agar beliau menjadi imam pada solat Isya’ nanti. Bagi saya tiada masalah dan itu mungkin yang terbaik kerana sorang yang ori Arab dan mungkin bacaannya lebih baik kerana memang bahasanya. Andaian saya juga kemungkinan bacaan saya semasa mengimami solat maghrib tadi mungkin kurang menepati dari aspek tajwid dan sebagainya. Dan sebaiknya orang yang lebih faqih perlu tampil ke depan sebagai imam jika didapati tiada yang layak. Namun sebagai hamba yang jahil yang bukan berada di kalangan orang yang mendapat asas pendidikan awal di bidang agama rsa sedikit keliru dengan peristiwa tersebut. Di antaranya, apabila melihat kepada asas ilmu taqwid yang amat sedikit ini menjadi keliru terhadap ketelitian dalam bacaan terutamanya aapek taqwid. Pada umumnya solat tersebut sah. Cuma pangabaian dalam aspek tajwid contoh idgham ma’alghunah tidak diberatkam, sedangkan kita orang ajan ditekankan supaya membaca ayat dengan hukum tajwid yang terbaik, terutama dalam solat. Ini kadang- kadang kita menjadi pelik dan keliru dengan ilmu sedikit yang kita pelajari dengan cara dan pendekatan yang diamalkan oleh penutur asal bahasa arab. Yang merujakan ialah beliau sedia mrmbantu kami mendalami bahasa Arab. InsyaAllah dengan penguasaan bahasa tersebut banyak persoalan tentang ilmu nahu akan terjawab.CITA-CITAKU SEBELUM DIPANGGILNYA IALAH MEMAHAMI BAHASA ALQURAN.

Leave a Reply