JUMAAT

kebanyakkan masjid melimpah ruah sewaktu solat Jumaat. Bagaimana dengan solat Maghrib dan Isya’, apalagi Subuh dan Asar. Tinggal berapa peratus sahaja! di bawah 10 % jika dibanding dengan solat Jemaat. Dalam kesibukkan melaksana kerja atau tugas dan bergegas untuk makan tengah hari, ramai masih berupaya meluangkan masa hampir satu jam untuk hadir berjemaah solat Jumaat di Masjid berhampiran. Ada sebahagiannya sanggup memandu pada jarak yang agak jauh untuk melaksanakan solat Jumaat. Ada yang sanggup mengadai nyawa dengan memandu laju supaya tidak ketinggalan solat Jumaat. Kepelikannya adalah kenapa dalam keadaan lapang dan tidak terkejar-kejar kita ketepikan untuk ke masjid untuk solat fardu di masjid lain secara berjemaah. Kepelikan ini perlu kita atasi dengan ilmu. Ilmulah yang medorong kita melaksanakan ibadat di atas kefahaman bukan sekadar ikutan. Ramai juga yang berilmu tetapi masih malas berjemaah di masjid, kenapa? Puncanya ialah ilmu yang dicarinya bukan untuk mengamal tapi hanya untuk mengetahui dan mengunakan ilmu tersebut untuk keperluan hidup. Oleh itu, untuk kita orang biasa hendaklah tanamkan niat di hati apabila kita mencari ilmu atau hadir di majlis ilmu adalah untuk mengamalkannya. InsyaAllah, niat itu yang akan mencorak kehidupan kita selepas mendapat ilmu.Amalkan ilmu yang diperolehi walaupun, pada anggapan setengah orang remeh sahaja. Amallah secara istiqamah setiap ilmu yang kita perolehi. Jadilah kita sebahagian dari kurang 10 % itu, Mudahan semakin lama peratus itu akan bertambah.

Leave a Reply