JUMAAT YANG BERBAHAGIA

Jadikanlah Jumaat ini hari yang paling bahagia dalam beribadat kepadaNya. Mulailah dengan qiamulai, diikuti dengan sahur berserta doa. Seterusnya menuju ke masjid dengan iringan doa perjalanan ke masjid. Masuklah ke dalam masjid dengan langkahan kaki kanan disertai doa masuk ke masjid. Solat tahiyatul masjid dan duduklah berzikir sementara menungga azan dikumandangkan. Seterusnya jawablah seruan azan pada setiap ayatnya dengan bersungguh-sungguh dengan disertai doa pada setiap ayat azan dan akhirnya doa azan dengan bersungguh-sungguh sebaik saja azan tamat dilaungkan. Bangkitlah untuk solat sunat Subuh yang ganjarannya satu dunia dan seisinya. Pada pagi kebiasaannya imam akan Sajadah pada rakaat pertama, sujud tilawahlah sepenuh hati . Berwiridlah sebaik sahaja selesai solat dan duduklah di majlis ilmu jika program ini diadakan di masjid yang kita berada. Jika tiada urusan bolehlah berada di masjid sehingga sehingga solat dhuha yang ganjaran seumpama pahala haji dan umrah serta amalan untuk mendapat haji yang mabrur apabila kita dipanggilnya untuk menunaikan iabadat tersebut. Amalkanlah zikir pagi serta bacaanlah beberapa ayat al Quran sebelum keluar bekerja. Kepada yang bekerja yang tidak mempunyai kesempatan untuk mandi sunat Jumaat, maka bolehlah mandi sunat tersebut semasa mandi pagi untuk ke tempat kerja. Seterusnya berwuduklah dan dirikan solat sunat wuduk. Menuju ke tempat kerja dengan amalan zikir sepanjang perjalanan. Seterusnya ambillah beberapa minit untuk mendirikan solat sunat dhuha sekurang-kurang 2 rakaat. Kemudian ke masjid dengan doa perjalanan ke masjid untuk solat fardu Jumaat. Jika tiada urusan datanglah awal ke masjid. Jangan lupa perkara yang sunat apabila melangkah masuk ke masjid. Seperti lazimnya diri solat sunat tahiyatul masjid dan berniat iktikaf. Sementara menunggu masuknya waktu solat bolehlah berzikir, tadarus dan solat pelbagai solat sunat seperti sunat taubat, sunat tasbih, sunat hajat, sunat mutlak dan sebagainya. Hayatilah kutbah yang disampaikan oleh khatib dan seterusnya solat fardu Jumaat dengan diiringi solat sunat ba’diah begitulah seterusnya…..

Leave a Reply