JUMAAT – AMALAN TERPENTING

Selain yang difardukan banyak amalan sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan pada hari ini. Jadikan amalan tersebut sebagai amalan yang terpenting supaya kita berusaha melaksanakan dengan betsungguh- sungguh sehingga ISTIQAMAH. Dimulai dengan doa bangun tidur, doa masuk dan keluar tandas, Solat sunat wuduk, taubat, tahajud, witir, doa keluar rumah, doa perjalanan ke masjid, doa masuk masjid, Solat sunat tahiyatul masjid, Solat sunat sebelum Subuh , Solat fardu Subuh berjemaah. Wirid selepas Solat, doa keluar masjid, zikir pagi, mandi sunat Jumaat (kepada mereka yang bekerja jika tidak berkesempatan untuk mandi sebelum ke masjid),hadir awal ke masjid jika ada masa untuk berbuat demikian, laksanakan yang disunnahkan apabila ke masjid, doa masuk, Solat sunat, iktikaf, seterusnya sehinggalah selesai. Seterusnya tadarus dan amalan yang lain yang mampu kita laksanakan , maka jadikanlah semuanya terpenting. ISTIQAMAHkanlah untuk meraih kemanisan beribadat.

Leave a Reply