JIRAN

Rasanya detik hati terkilan apabila kita sahaja ke masjid atau surau, namun jiran kita tidak demikian. Syurga Allah tersangatlah luas untuk hambaNya. Kita ingin di sana bersama anak-anak,isteri atau suami kits, ibubapa kita, saudara kandung kita, saudara kita yang dekat dan jauh, jiran-jiran, rakan-rakan, semua orang kita kenali, semua orang yang mengenali kita dan semua orang Islam. Untuk jiran kita di dunia, biarlah mereka menjadi jiran kita di syurga. Bantulah Mereka melalui anak mereka dengan sekurang mengadakan sekurang kelas al Quran.Kita sebagai jiran bersedialah dengan mendalami ilmu al Quran dangan bersungguh-sungguh supaya dapat kita membsntu anak jiran kita mengenali al Quran di samping bersama Solat berjemaah bersama di rumah atau bawa mereka ke masjid dengan izin penjaga mereka. Ini langkah yang di cadang agar bukan kita sahaja ingin masuk ke syurgaNya MAHA luas.

Leave a Reply