JIRAN-JIRAN KAMI YANG BAIK-BAIK

Secara jujurnya air mata berlinang sebelum artikal ini dicoret. Allah MAHA Pengasih dan janji Allah tetap benar.Setelah merantau lebih 30 tahun, kami pulang ke kampung berkala. Pada awalnya kehidupan agak sukar pulang bercuti setahun atau dua tahun sekali. Namun dengan rezekinya kami lebih kerap pulang ke kampung iaitu 2 hingga 5 kali dalam setahun. Kadang-kadang berada di kampung 2 – hari, seminggu, dua minggu atau lebih sebulan. Itulah perjalanan kehidupan kami sekeluarga.Pada tiga tahun lepas kami membeli sebuah kediaman yang Sederhana. Kedudukan jauh dari kampung halaman, namun di Kelantan juga(Tanah tumpah darahku). Sebuah Taman Perumahan berhampiran bandar Kota Bharu. Pemilihan tempat ini di antara kerana bandar ini merupakan pusat pengajian agama. Ia merupakan keperluan utama bagi diri yang jahil ini. Di sini jauh dari saudara walaupun bau bacang sekalipun,memang tidak ada.perumahan ini hampir dengan kubur, masjid, klinik biasa/klinik gigi, beberapa buah sekolah, tidak jauh dari pusat peranginan yang agak terkenal juga,pusat pembangkan dan kedai buka siang, buka malam serta 24 hours 7 eleven. Namun dengan Maha PemurahNya kami juga dianugerahi jiran-jiran yang amat baik. Masjidlah tempat memupuk kejiranan dan merapatkan silaturrahim. Kami mempunyai jiran-jiran yang langsung kami tidak kenali. Kepulangan kami hanya sekali sekala, namun pada kami mereka ini mempamer suruhan agama yang sebenar. Tegur sapa mendahului kami, keraian yang luar biasa kami terima. Belum mengenali kami dengan lebih dekat kami dibawa dan dijamu makan bersama kelurga di permis makan hang agak dikenali. Kami ditawar kenderaan untuk memudahkan kami bergerak, buah tangan sebagai jiran tidak menghampakan kami,kediaman kami yang banyak waktunya ditinggalkan dijaga rapi tanpa sebarang habuan( persekiran seperti rumput dijaga rapi, pokok hiasa ditanam tanpa pengetahuan kami),penghulu yang peramah dan prihatin terhadap kami walaupun kami berada di sini seperti “chip more”, dan dan banyak lagi Allah anugerahi rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit tapi nilai yang besar daripada itu. Wajah-wajah jiran kami ini pasti akan terbayang dalam minda setiap kali mengangkat tangan berdoa kepadaNya. Untuk anda pemilihan tempat kediaman perlu diambil kita pelbagai faktor teutama masjid dan kuburan. Moga Allah kekal kebaikan mereka ini sampai bila turun temurun. Moga satu masa nanti kami menjadi pemastautin tetap di sini pada suatu masa nanti.

Leave a Reply