JIKA TIDAK MENJADI AHLI ILMU, JADILAH AHLI IBADAH

Petikan daripada FB Alfadhil Dr Abdul Basit(Pembimbingku semasa menunai haji) amat memberi kesan kepada diri ini dan berharap kepada semuanya. Majoriti kita tidak berilmu yang mencukupi apatah lagi menyampaikan ilmu kepada orang lain, maka jadikan diri kita sebagai ahli ibadat. Tidak ramai yang mampu menjadi ahli ilmu namum SEMUANYA boleh menjadi ahli ibadat jika kita mengamalkan secara bersungguh-sungguh apa yang telah kita pelajari. Jika kita sudah melaksanakan sesuatu amalan maka tambahkan sehingga semaksima mungkin sehingga garisan penamat(MATI). Marilah kita menjadi ahli ibadat dan dalam masa yang sama BERUSAHA menjadi ahli ilmu dengan menyampaikan kepada orang lain walaupun satu ayat.

Leave a Reply