JIKA DITANYA!!!

Semua muslim yang yakin bahawa adanya hari pembalasan selepas kematian mesti menyatakan syurgaNya adalah matlamat akhirah selepas hari perhitungan nanti. Namun sudahkah kita berusaha  ke arah itu atau cukupkan sekadar keinginan sahaja atau melaksanakan ibadat secara minima sahaja? Semua sedia maklum kesolehan merupakan tiket utama untuk mendapat rahmatNya bagi mengisi kouta di syurgaNya. Bermakna kita semestinya memasang niat dan berusaha mencapa taraf solehin. Untuk mencapai ketahap tersebut, tidak semestinya kita tumpukan ibadat sepenuhnya secara mendadak dengan ibadat bertaraf mega!. Ianya mustahil kecuali dengan izinNya!. Kita perlu (mesti) memulakan sesuatu ibadat yang diperintahNya.  Mula dengan yang paling kecil dan mampu kita laksanakan sehingga kita akan dikurnia keringanan dengan ibadat lain secara bertahap sehingga tahap yang mungkin kita sendiri tidak impikan! Ianya mestilah(MESTILAH!) dilakukan secara istiqamah dan berkonsep hari ini hendaklah lebih baik dari semalam dalam setiap amalan yang kita laksanakan. Jika esoknya telah kita lalui, maka keesokan harinya hendaklah lebih baik dari esok tersebut. Mulailah sementara kita masih bernafas wahai saudaraku!

Leave a Reply