JIHAD -BALASANNYA SYURGA

JIHAD – Jihad dalam memperjuangkan agar Islam memerintah apatah lagi jihad dengan senjata menentang musuh Allah yang tidak ramai berani menampilkan diri. Akhir-akhir semakin ramai yang berani tampil ke hadapan untuk menyampai dakwah atau ilmu, dari mereka yang pakar dalam bidang agama sehinggalah golongan yang menyahut cabaran ‘sampaikan walaupun satu’. Perkembangan positif ini secara tidak langsung membekalkan ilmu untuk diamalkan oleh semua umat Islam. Halangan untuk menyampaikan ilmu dan mengamalkan ilmu tidak mempunyai halangan yang berat walaupun di negara bukan Islam sekalipun. Namun perjuangan yang melibatkan untuk melaksanakan syariat secara menyeluruh tidak ramai yang berani. Ini kerana perjuangan untuk menegakkan Islam secara syumul mempunyai cabaran dan halangan yang berat. Golongan ini akan berhadapan dengan seribu satu ujian yang ada kalanya nyawa sebagai cagarannya. Kita akan lihat golongan sentiasa berhadapan dengan gelombang fitnah yang bertali arus, ancaman penjara dan dipenjara, dipulau, dipecat dari jawatan, diugut, dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang terasing, terpaksa berpisah dengan orang tersayang, berkorban harta benda dan sebagainya dan kemuncaknya ada yang terbunuh dalam menegakkankan kebenaran Islam. Oleh kerana itu perjuangan menegakkan kalimah Allah secara menyeluruh merupakan jihad. Sebab itu bagi mereka yang tidak sanggup menghadapi ujian seperti di atas akan mengambil jalan selamat dengan hanya meceburi bidang dakwah tanpa melibatkan urusan menegakkan Islam yang syumul termasuk usaha mendapat kuasa pemerintah agar Islam yang syumul dapat ditegakkan atau hanya mencari sebanyak ilmu untuk amalan diri sendiri sahaja. Di manakah kita? tepuk dada tanya iman. Belajar sebanyaknya ilmu dan banyakkan amalannya, namun dalam masa yang sama kita di hadapan mencari syahid demi tertegaknya Islam yang syumul. Setiap ujian kerana menegakkan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini balasannya adalah Jannah.’JANGAN TAKUT DAN DUKACITA ALLAH BERSAMA KITA.

Leave a Reply