JAUHI RASA SELESA DENGAN AMALMU!

Rasa selesa dengan amalan menyebab kita tidak berusaha untuk meningkatkan lagi amalan kita. Amat malang sekali amalan yang kita amalkan itu bila dihutung nanti amat sedikit dan tidak berkualiti dan yang paling sengsara nanti ialah apabila amalan kita ditolakNya. Dengan yang demikian, kita hendaklah jauhi sejauh-jauhnya perasaan selesa dengan amalan kita. Petunjuk kepada rasa ketidakselesaan dengan amalan kita ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menambah baik setiap amalan kita. Sebagai contohnya SOLAT FARDU, tidak lengkap seandainya kita solat lima waktu sehari semasa tanpa menilai kualitinya. Sudahkah kita solat di awal waktu? sudahkah kita solat berjemaah? sudahkah bacaan-bacaan dalam solat tepat tajwidnya pada bacaan surat Alfatihah dan tahiyat akhir serta bacaan yang disunatkan dalam solat kita? Sudahkah sempurna pergerakan dan perbuatan dalam solat, misalnya kedudukan qiam, rukuk, sujud, duduk antara sujud, kedudukan i’tida, kedudukan tahiyat, takbir, salam dan tu’maninahnya. Sudah lengkapkah bacaan dan doa-doa tambahan yang menjadi amalan Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam. Solat sunat rawatib sebagaii pelengkap kekurangan solat fardu bagaimana? ini baru bab solat! Puasa kita bagaimana? betul-betulkan kita benar berpuasa fizikal serta pancaindera serta amalan tamabahan bagi orang yang berpuasa! selesakah juga kita dengan puasa kita? tidakkah kita merasa puasa kita sekadar lapar dan dahaga sahaja? Solat malammu bagaimana? adakah sekadar membuat mata mengatuk di siang hari sahaja? mengalirkah air matamu di malam yang sunyi atau masih khayal hal dunia takkala selat malam? atau sudah selesa 1/3 malam tadi? Kawalan pancaindera kita bagaimana? Suci sudahkan pandangan mata kita dari perkara yang mungkar? sudah selesakah dengan tugasan mata kita dari perkara yang mungkar? kalau belum selesa, berusahakah untuk menjaga pandangan mata kita? Pancaindera lain seperti mulut, telingan, tangan dan kaki kita , selesa sudahkah dengan situasi sekarang? kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa berperasaan tidak selesa dengan semua amalan kita! Ini bermakna kita MESTI sentiasa memperbaiki setiap amalan kita sama yang fardu. wajib atau sunat. Bagiamana perasaan anda sekarang? selesa atau belum? awas jika kita sudah merasai selesa!!

Runungan untuk diri sendiri yang masih mencari kemanisan beribadat.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. opal garden - Trackback on 2016/08/16/ 03:22