JANGGUT, KOPIAH, JUBAH DAN SERBAN

Dulu aku membuat tanggapan bahawa semua yang menyimpan JANGGUT adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang luas. Apatah lagi yang memakai KOPIAH putih memang mereka sudah bersedia ke harapan apabila melakukan solat berjamaah apabila imam tiada. Keyakinannya berdasar pengalaman semasa kecil di kampung Ustaz, tuan guru atau imam sememangnya berjanggut, memakai KOPIAH dan kadang berjubah serta Serban. Kerana KOPIAH nampak putih bersih, maka aku sering memakainya apabila ke masjid atau Surau. Apabila berlaku peristiwa apabila solat hendak dimulakan, tuan imam tidak hadir. Maka, para ahli jemaah berpandangan di antara sesama sendiri mencari yang berjanggut dan berkopiah. Aku yang berjanggut dan berkopiah diseru,”Ustaz sila ke depan!” menderu darahku, cuba menolak dan berlakulah sorong-menyorong dan yang aku perhatikan mereka yang dicadangkan itu berjanggut dan berkopiah. Setelah semuanya menolak akhirnya aku mengalah, berilmukan JANGGUT dan KOPIAH aku ke depan. Setelah membuat pemerhatian yang panjang dan berdasarkan pengalaman sendiri aku dapat RUMUSAN bahasa untuk masa kini, perwatakan dan pakaian tidak lagi mencermikan seseorang itu berilmukan agama. Kebanyakkan hanya sekadar ikut-ikutan atau alim “Mee SEGERA”. Moga Allah mengampuni dan menerima amalanku semasa kejahilan dan kealpaanku dalam mendalami ilmu agama. Marilah mendalami ilmu secara berguru supaya amalan yang kita laksanakan bukan sekadar ikutan dan biarlah ilmu yang kita amalkan itu ada sandarannya serta diterimaNya. Biarlah berjanggut, berkopiah, berserban dan berjubah dengan ilmu penuh di dada serta yang paling utama ialah beramal DENGAN ilmu tersebut secara istiqamah.

Leave a Reply