JANGANLAH MALAS WAHAI SAUDARAKU! jika INGIN MERAIH KEMANISAN DALAM BERIBADAT!

Tahniah kerana tidak meninggalkan solat, tamabahkanlah dengan solat berjemaah lima waktu di masjid atau surau. Tamabahkanlah bacaan doa dan zikir dalam solat selain daripada yang lazim dibaca pada doa iftitah, rukuk, sujud dan tahayat akhir. Tambahlah wirid selepas solat sebagai yang diajar Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam. Tambahkan solat-solat sunat yang muakad yang menjadi amalan para soleh sebagaimana dianjurkan oleh Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam seperti solat sunat rawatib, wuduk, taubat, tahajud, tasbih, awabin, hajat, witir dan sebagainya. Tambahkan ibadat dengan bangun Qiamulai. Lazimkanlah zikir pagi petang secara istiqamah. Lazimkan bersedekah semampu mungkin sepanjang masa. Lazimkan menambah koleksi puasa-puasa sunat yang sangat dianjurkan. Lazimkan menziarahi saudara mara dan sahabat handai. Lazimkan bertadarus dan bertadabur setiap hari. Rajinkahlah me lapang masa untuk beberapa ketika menghadiri majlis ilmu.DAN RAJIN MENAMBAH IBADAT DAN LAKSANAKANLAH SECARA ISTIQAMAH.

Leave a Reply