JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN IBADAT ORANG LAIN!

Sebagai manusia kita sering melihat secara mata kasar kelemahan orang lain. Perkara ini sering terjadi dalam proses ibadat. Dalam ibadat, amalan yang tersembunyi lebih utama kerana mengelak dari sifat riya’. Kita banyak banyak membuat persepsi terhadap amalan orang lain seolah-olah amalan kita yang terbaik!. Ini kita kena elakkan sedaya upaya. Tidak semestinya jemaah yang sering lewat ke masjid itu sengaja dan berkurangan pahalanya. Ini kemungkinan urusan yang melibat perkara yang penting atau yang tidak dapat dielakkan menyebabkan seseorang itu lambat tiba ke masjid. Seandainya seseorang itu dapat masbuk pada satu-satu rakaat tanpa sempat membaca surah al Fatihah yang rukun kerana mengikut imam yang sedang rukuk misalnya, maka rakaan tersebut dikira satu rakaan kerana dia sempat rukuk bersama imam. Aspek keuntungannya di sini ialah rukun membaca al Fatihah, kemungkinan dia akan mendapat ‘full mark’ kerana fatihahnya ditanggung oleh imam. Berbanding dengan jemaah muafi’ yang bacaannya entah bagaimana, ditambah lagi dengan soal kekhusukannya sepanjang membaca surah al Fatihah. Namun jangahlah sesekali ambil masbuk tanpa sebab yang syarie.
Kadang hati kita agak marah jika beradal awal di masjid, namun bilalnya melambat-lambatkan iqamat. Hal ini mungkin untuk menunggu makmum yang belum sampai atas urusan penting tapi dengan kehendakNya supaya makmum tersebut dapat solat berjemaah. Manakala masa tersebut kita gunakan semaksima mungkin untuk berzikir kepadaNya, mungkin selepas solat kita dibebankan dengan kesibukan dunia. Semua kejadian hendaklah diletakkan dengan kehendakNya yang mempunyai hikmah yang hanya Allah yang maha Mengetahui.

Leave a Reply