JANGAN SESEKALI KITA MERASAKAN KEMATIAN ITU LAMA LAGI

Semua pasti mati, sama ada tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa. Puncanya seribu satu sebab atau tanpa bersebab(hanya Allah yang Maha mengetahui). Tiba-tiba kita dimaklum kawan rapat kita sudah pergi menemuiNya dalam keadaan sihat walafiat dan baru paginya kita berbicara dengannaya. Mendapat panggilan keluarga yang dikasih sudah mengadap Ilahi sedangkan kita masih memerlukan kasih sayangnya. Kita pun begitu akan disebar tentang pemergian kita selamanya oleh keluarga dan sahabat yang masih hidup sedang kita merasakan kita masih mahu hidup tetapi kita dipanggil pergi selamanya. Tiada siapa yang tahu apa terjadi di sana sementara menunggu hari pembalasan. Namun al Quran menceritakan tentang berbahagianya bagi mereka bersedia untuk suatu kematian dengan amal soleh sepanjang masa. Untuk itu, sebelum tibanya detik-detik tersebut yang entah sekarang atau bila-bila masa saja, kita kenalah bersedia dengan amalan soleh tanpa sebarang penangguhan. Laksanakan setiap suruhan sehabis baik dan tambah baik setiap masa dengan mendapatkan ilmu tentang amalan yang sedang dan yang semestinya menjadi amalan kita sebagai hambaNya.

Leave a Reply