JANGAN SAMPAI SOLAT KITA DIBATALKAN OLEH ALLAH

Sahnya solat kita apabila kita melaksanakan semua rukun solat dengan betul. Ini bermakna jika batal salah satu daripada rukun solat, maka solat terbatal. Rukun yang terbatal tiada galang gantinya kecuali solat semula dengan sempurna. Oleh itu kita perlu mengambil perhatian yang palin serius dalam solar supaya rukunnya dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin. Bermula dengan berdiri dengan betul serta berniat diikuti dengan bacaan surah al Fatihah yang betul dalam aspek tajwidnya diikuti dengan rukuk yang betul, tuma’inah disertakan dengan hadir hati, diikuti dengan ‘itidal yang betul, tu’maninah serta hadir hati, kemudian turun untuk bersujud dengan hati yang pasrah dengan memastikan kedudukan sujud yang betul serta disertai dengan tujuh anggota, tu’maninah, diikuti pula dengan duduk di antara dua sujud yang betul, hadir hati serta tu’maninah sehinggalah kepada duduk dan bacaan tahiyat akhir yang betul tajwidnya dan diakhiri dengan ucapan salam yang betul tajwidnya. Tu’maninah dan tertib merupakan rukun yang mesti dipastikan betul dan tepat. Untuk menjadikan solat yang mendapat ganjaran yang terbaik, maka perlulah dipastikan dilaksanakan semua sunat hai’ah dan ab’ah serta zikir dan doa sebagaimana menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam. Marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh agar solat kita adalah solat yang diterimaNya.

Leave a Reply