JANGAN REMEHKAN!

Apa sahaja amalan jangan sesekali menganggapnya remeh apabila ianya bukan yang rukun atau yang wajib. Apabila kita meremehkan, maka sukar untuk kita amalkan secara istiqamah . Sekiranya kita pandang remeh tentang keutamaan solat berjemaah dengan beranggapan dengan kita mendirikan solat sudah lepas tanggungjawab kita berkaitan perintah solat. Jika itu anggapan kita, maka sukar untuk kita hadir solat berjemaah  secara istiqamah . Jika kita bersungguh-sungguh dengan tidak memandang remeh solat berjemaah , insyaAllah kita akan mencapai satu tahap kita dikurniai ruang dan waktu untuk hadir solat berjemaah . Apatah lagi amalan yang disunatkan. Jika kita menganggapnya remeh, maka ia sukar untuk dijadikan amalan harian atau amalan dalam setiap pergerakan dan perbuatan dalam sehidupan seharian kita. Sebagai ccontoh  doa makan, masuk dan keluar tandas , doa sebelum tidur dan seribu satu doa dan zikir yang menjadi amalan para solehin yang disunnahkan. Solusinya ialah kita mesti menganggap setiap amalan  sebagai  penting dan mesti kita amalkan sebagai pelengkap kepada amalan yang wajib, sebagaimana makanan tambahan yang perlu diambil untuk ssevival  kehidupan kita.

Leave a Reply