JANGAN RASA DIRI KITA SEMPURNA!

Utamanya kita yang jahil dan tiada asas agama yang mantap. Sekadar keturuannya Islam, namun kita mesti melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dilahirkan dalam Islam. Kita juga perlu bersyukur kerana dikuniaiNya kesedaran untuk memperhambakan diri kepadaNya. Di dalam memperhambakan diri kepadaNya, kita mesti laksanakan semua suruhanNya. SuruhanNya adalam dalam bentuk ibadat dan amalan seharian. Dalam ibadat kita difardukan untuk solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji serta berzakat. Ibadat solat merupakan ibadat yang kita sentiasa laksanakan sekurang-kurang lima waktu sehari semalam. Untuk itu, kita kena pastikan solat kita sentiasa yang terbaik atau sentiasa mengerjakan yang paling baik dan tidak menganggap solat yang kita laksanakan sudah baik. Apabila kita menganggap solat kita belum sempurna, maka kita akan sentiasa berusaha memperbaiki setiap rukun dan sunat dalam solat walaupun kita sudah melaksanakannya. Aspek bacaaanya, aspek pergerakan dalam solat dan sebagainya kena sentiasa buat penilaian sama ada diri sendiri atau orang lain. Sebolehnya tanyalah rakan kita tentang kedudukan rukuk,’itidal, sujud dan antara dua sujud serta tu’maninahnya sama tempat sebagaimana solat solat Rasul sallahu ‘alaiwasallam. Begitu juga dengan amalan-amalan lain sama ada yang fardu atau sunat kita hendaklah sentiasa mengkoreksi dari aspek kualitinya. Selamat bermuhasabah.

Leave a Reply