JANGAN MEMINTA TAPI BERILAH

Kehidupan walau nampak ringkas tetapi keadaannya agak rumit. Kerumitan tersebut adalah disebabkan tingginya kecintaan kita kepada dunia. Memang begitulah “naturenya”. Semua ini ke syurgaNya namun, kita menganggap bahawa ibada5 semata-semata yang kemasukan kita ke syurga. Rahmat Allahlah yang menentukan kita dipilihNya untuk berada di syurgaNya. Beramal amalan yang difardukan dan diwajibkan tidak menjamin kita ke syurgaNya. Ini menunjukkan penilaiNya menjangkau amalan fardu, wajib dan sunat. Amalan lain termasuklah “hablumminannas”. Biasanya hidup kita seperti roda, adakala kita di bawah,atas dan tepi dan ada setengahnya sentiasa berada dibawa. Orang yang berada di bawa biasanya sering memerlukan pertolongan orang yang di atas. Bagaimanapun orang tidak tidak ramai yang sedia berkorban menolong orang yang bawah(dalam kesusahan), walaupun kenalan atau saudara mara. Oleh itu semaksima mungkin elakkan diri dari memohon pertolong orang lain selagi mana kita dapat berdikari dalam keadaan sukar sekalipun. Cubalah, kita akan merasai kemanisannya. Namun, harus diingat, jika kita di atas kita mesti menolong orang yang di bawah(dalam kesusahan) semampu yang boleh. Galakkan keluarga kita yang terdekat terutama anak-anak supaya mempunyai nilai yang suka menolong. Keperitan yang kita rasai tidak ditolong harus dijadikan motivasi untuk menggalakkan kita dan keluarga membantu orang yang memerlukan bantuan. Ingat jangan sekali-sekali kita lemah dengan kesukaran kerana itulah sureh hidup yang membawa kita mendapat rahmatNya. RahmatNya membawa kita ke syurgaNya.

Leave a Reply