JANGAN LEPAS PELUANG BERJEMAAH

Bukan perkara yang sukar untuk kekal solat fardu berjemaah. Perkara yang paling utama ialah kesungguhan kita untuk mengamalkan setiap suruhanNya. Sendainya kita terlepas solat fardu berjemaah yang sepatutnya, maka kita, jika ada keupayaan kita kena jelajah masjid yang berhampiran untuk berjemaah dengan insan yang juga tercicir solat berjemaah mungkin kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Amat malang dan merugikan seandainya kita solat lewat di masjid tetapi solat sendirian sedang ada hambaNya sedang solat. Seandainya kita ke masjid di luar waktu (solat fardu berjemaah sudah selesai), maka ikutlah mana-mana hambaNya yang sedang solat sebagai makmumnya supaya kita diganjari pahala berjemaah. Seandainya tiada orang sedang berjemaah, jika masih panjang waktu solat, maka tunggulah seketika. Pada kebiasaan kebanyakan masjid akan ada insan yang datang untuk solat di luar waktu akibat sesuatu kengkangan. Kecuali solat fardu Subuh dan Isyak kita kena pastikan jangan tertinggal untuk hadir kerana agak jarang insan yang solat fardu ini di luar waktu. Berusahalah dengan bersungguh untuk laksanakan solat fardu berjemaah.

Leave a Reply