JANGAN KITA!?!?!

Jangan kita hanya berpuasa Ramadhan tapi tidak kepada puasa sunat sepanjang tahun selepasnya
Jangan kita memenuhi masjid hanya pada Ramadhan tapi hanya hadir sekali sekali selepas Ramadhan dan sepanjang tahun
Jangan kita yang rajin bertadarus, namun jarang-jarang membacanya selepas itu
Jangan kita rajin solat sunat tapi kadang-kadang mengikut mood selepas itu
Jangan kita bibir sentiasa dibasahi zikir , namun selepas kumat-kamit kita digantikan dengan umpatan dan celaan sebaik sahaja Syawal menjelma
Jangan kita patuh menunaikan zakat(zakat fitrah dan sebagainya), namun menjadi terlupa untuk menjelaskan zakat pendapatan tahunan kita selepas itu
Jangan kita yang banyak bersedekah (Wang ringgit , makanan, jamuan berbuka dan sebagainya) namun, selepas Ramadhan jiran hanya Mencius bau sahaja, rakan taulan ternanti jemputan makan-makan
Jangan di Ramadhan banyak kita berdoa, beriktikaf dan bangun malam, namun selepasnya kita bangkit hanya azan dikumandangkan , berdoa apabila perlu beriktikaf sudah tiada
Jangan di Ramadhan kita rajin menghadiri majlis ilmu, namun selepasnya kita telah terperasan diri kita sudah serba tahu

Janganlah kita yang selepasnya dan kita adalah semasanya. NYA(RAMADHAN),

Leave a Reply