JANGAN BUAT SEMUA AMAL DALAM SATU MASA!

Kadang keinginan beramal membuak-buak membuatkan ingin melaksanakan semua amalan yang diperintahNya! Namun kebanyakkan hanya berjaya untuk beberapa ketika sahaja ! WalhAsil balik asal ! Laksanakan dari yang paling mudah bagi amalan sunat dan yang paling utama untuk amalan wajib. Untuk amalan sunat misalnya amalan doa dalam setiap perbuatan hendaklah dilaksanakan satu persatu secara ISTIQAMAH dan sentiasa buat penambahan apabila ISTIQAMAH suatu doa atau sesuatu bacaan. Amalan sunat seperti Solat sunat dengan memulai dengan Solat sunat witir secara ISTIQAMAH dan ditambah dengan Solat sunat yang lain. Bagi amalan yang diwajibkan boleh dimulai dengan Solat secara berjemaah dari satu fardu ke satu fardu secara ISTIQAMAH, sehinggalah LIMA waktu secara -ISTIQAMAH. Laksanakan satu dan elakkan untuk laksanakan semua sekali gus! Pepatah orang tua ” sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” InsyaAllah bukit amalan apabila kita mengadapNya.

Leave a Reply