JANGAN AMBIL MUDAH ‘GUIDE LINE’ SESUATU AMALAN JIKA INGIN HASILNYA GRED ‘A’ PLUS=PLUS

Ramai yang ambil mudah ‘guide line’ melibatkan hukum-hukum berkaitan denga sesuatu ibadat seperti rukun wajib, sunat, harus dan makruh. Aspek tersebut yang menjadi KPI dalam pengredan amalan kita secara perbuatan kasar. Sebagai contoh sempena hari raya qorban, ramai ambil mudah dan tidak mendalam syarat untuk mendapat pahala qorban gred ‘A’ plus-plus. Apakah pantang larang di antara 1 Zulhijjah hinggga terlaksananya ibadat tersebut. Misalnya tidak boleh memotong rambut atau kuku dan beberapa perkara lain, di samping amalan-amalan sunat yang seharusnya dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Perkara berkaitan qorban daripada aspek niat, pemilihan haiwan, semasa sembelih dan pengangihan daging perlu difahami secara mendalam supaya amalan kita bukan sekadar ikutan atau kerana kemampuan sahaja. Ada perkara agak mudah diamalkan dan ada yang agak mencabar, namun mahu tidak mahu kita mesti mematuhinya agar pengorbanan kita diterimaNya sebagai amalan terbaik. Kepada umat Islam yang tidak berkemampuan ada bahagiannya untuk pahala yang maksima amalan sepanjang Zulhijah serta ringankan tangan untuk mambantu acara qorban di sekitar penempatan kita. Dalamilah ilmu berkaitan amalan di bulan ini dan pada hari raya nanti supaya kita tidak berkemampuan mendapat pahala semaksimanya juga. Cadangan kepada yang tidak berkemampuan supaya merancang untuk turut berqorban pada tahun 1436H/1437H nanti dengan menambung dalam tempoh setahun atau dua tahun. Sekiranya target kita tahun depan iaitu 1436H, maka menabunglah sekurang RM50 sebulan atau RM25 sebulan jika kita merancang untuk berqorban dalam tempoh dua tahun dari sekarang!

Leave a Reply