JADUAL KEHIDUPAN

Manusia diciptakan semata untuk beribadat kepadaNya. Pastikan setiap gerakan atau detik kehidupan kita semata-semata keranaNya. Aktiviti kehidupan kita terdiri daripada Ibadat khusus dan ibadat umum. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa ibadat khusus adalah ibadat yang membawa kita kebahagian di akhirat. Manakala ibadat umum adalah amalan yang membawa kita kebahagian dunia dan akhirat sekiranya kita melaksanakannya semata kerana Allah. Kita mempunyai rutin dalam ibadat umum yang berkaitan kelangsungan kehidupan kita di alam yang fana ini. Untuk kebahagian yang kekal abadi di sana nanti, kemestian kepada kita untuk menyediakan jadual rutin kita selain ibadat yang difardukan. Perlu diujudkan jadual dalam hati kita amalan-amalan yang seharusnya kita laksanakan setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Jadual yang letakkan di hati kita hanya kita sahaja yang tahu dan yang kita mesti laksanakan sebagaimana rutin ibadat umum kita. Sebagai contoh, jadual harian kita ialah jam berapa kita bangkit dari tidur dan apakah doa yang perlu kita baca, apa solat yang perlu kita laksanakan sebelum solat Subuh, apakah zikir tetap yang seharusnya menjadi amalan harian kita, apakah solat sunat yang seharusnya menjadi rutin kita, bilakah masa tadarus harian kita(sekurang-kurang 100 ayat), bilakah masa kita bertadabur walaupun satu ayat al Quran , hadis Rasulullah saw dan sebagainya yang mampu kita laksanakan secara harian. Begitu juga rutin mingguan seperti puasa Hari Isnin dan Khamis, solat sunat tasbih dan sebagainya yang kita mampu laksanakan secara mingguan yang mampu kita patuhi. Begitu juga rutin bulanan sebagai kuliah bulanan,membaca tafsir dan sebagainya. Untuk rutin tahunan, berapa kalikah kita berjaya khatam al Quran dalam setahun. Jadual amalan tersebut perlu kita lengkapkan di sanubari kita dan perlu patuhi sebagaimana kita patuh kepada jadual harian semasa kita bersekolah dulu dan melaksanakan kerja yang disuruh oleh guru. Maka demikianlah semestinyalah apa yang diperintahNya. Tanpa jadual yang rutin tanpa pematuhannya amat sukar untuk beramal secara istiqamah. Masa dan tarikh jadual bolehlah flexible agar kita mampu tunaikan beradasarkan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Orang yang cemerlang ialah orang yang berjaya membentuk DISIPLIN dalam dirinya.CATATAN: Jadual ini tidak perlu dilekakan di dinding atau dairi harian tapi lekatkan di hati yang ikhlas kerana Allah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Lilumia 2 - Trackback on 2016/06/29/ 08:24
  2. making money online in nigeria without paying money to start - Trackback on 2016/07/10/ 07:58
  3. breaking news in nigeria - Trackback on 2016/08/02/ 09:28
  4. đá xuyênsángnhântạo - Trackback on 2016/08/08/ 12:10
  5. public relations business industry media pr - Trackback on 2016/09/05/ 03:20