JADUAL IBADAT- KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA KEPATUHANNYA!

Ibadat perlu konsisten. Bukan bermusim . Bukan ikut-ikutan. Bila ibadat itu bermusim kita akan dapati jemaah akan ramai ke masjid pada bulan Ramadhan. Apabila u itu sekadar ikut-ikutan, maka apabila sesuatu program divivalkan maka ramai yang hadir sebagai tanda “kita pun ada’.

Jadual aturcara harian perlu disediakan sama ada secara “hard copy” iaitu bertulis atau “soft copy” iaitu di catatkan di sanubari. Secara “hard copy” ianya dapat dilihat dengan mata kasar dan mata hati. Manakala “soft copy” hanya dapat dilihat dengan mata hati sahaja. Di mana kita sediakan jadual tidak penting, tetapi yang paling utama ada jadual ibadat harian dan kita patuhinya semaksima mungkin walau dalam keadaan sekalipun.

Sebagai contoh:
Jadual kita akan bermula dengan bangun malam untuk kiamulai diikuti dengan ke masjid untuk solat fardu Subuh berjemaah seterusnya sehinggalah solat fardu Isya’ berjemaah. Di samping itu kena senaraikan juga amalan-amalan sunat di antara amalan-amalan fardu. Menyenaraikan solat sunat, zikir,doa, tadarus,tadabbur, puasa sunat, ziarah, majlis ilmu dan sebagainya. Ianya berurutan dan akan menjadi rutin apabila sudah istiqamah. Keciciran salah satu amalan tersebut menyebabkan jiwa kita tidak tenang. Selamat beribadat serta bersiap ‘warm up’ dari sekarang amalan harian yang akan ditingkatkan pada bulan Ramadhan nanti.

Leave a Reply