JADILAH ORANG YANG BERTAQWA YANG TIDAK DIKENALI

Orang bertaqwa ialah seorang yang mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan ikhlas dan istiqamah. Ketaqwaan buka saja terletak kepada penampilan yang warak dari aspek tutur kata, berpakaian dan amalan yang dilihat namun ianya tergantung kepada kepada amalan yang istiqamah dan ikhlas walau tiada sesiapa mengenalinya. Amalannya secara istiqamah bermula dari amalan yang nampaknya biasa, namun tidak ramai yang mampu melakukannya secara istiqamah. Seseorang yang mencapai tahap ketaqwaan perlu sentiasa mendalami ilmu al quran dengan mengamalkan tadarus dan tadabur secara istiqamah. Amalan sunat menjadi amalan yang tetap dalam mengiringi amalan yang difardukan. Daripada pengamalan yang berterus setiap perbuatan dengan doa seperti doa sebelum dan selepas tidur, doa harian diamalkan secara istiqamah. Amalan solat dan puasa sunat menjadi amalan ragular secara tetatp dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk kekal istiqamah. Sebagai contoh solat berjemaah dijaga dengan rapi dengan menyediakan pelbagai plan strategi untuk hadir berjemaah dalam pelbagai kondisi yang dihadapi. Mengatasi halangan untuk mengamal sesuatu ibadat secara istiqamah dengan pelbagai persediaan kemungkinan halangan yang akan dihadapi dalam menegekalkan istiqamah. Sebagai contoh, ‘by hook or by crook’ solat berjemaah mesti dilaksanakan, solat dhuha mesti dikekalkan, solat witir tidak sekali ditinggalkan, puasa sunat merupa amalan tetap serta amalan sunat lain secara istiqamah mengiringi amalan yang difardu dan diwajibkan. Biarlah kita tidak populor, tidak dikenali dan tidak dipandang dalam beribadat oleh orang lain asalkan amalan kita tetap ‘goes on’ sampai kita menemuiNya.

Leave a Reply