JADILAH HAMBA YANG KUAT UNTUK MENGALAHKAN KELEMAHAN !

Semua muslim  ingin menjadi hamba yang soleh. Namun tidak ramai yang berjaya atau sekurang-kurangnya berada di landasan menuju ke arah itu. Hamba yang kuat sahaja yang akan berjaya menuju ke arah insan yang soleh. Kekuatan dalam aspek keinginan, mental serta kekuatan melawan nafsu malas ( yang sememangnya dikawal oleh syaitan ) merupakan di antara faktor untuk kekal beramal dan sentiasa ingin menambah amalnya. Tanpa kekuatan tersebut menyebabkan ramai tewas dan terkulai di tengah jalan. Golongan beramal mengikut arus atau bermusim. Jika kena pada musimnya, kadang-kadang ahli ibadat pun ditewaskannya. Tapi ianya iabarat perlumbaan di antara ” kura-kura dam arnab” dalam metos sejarah Melayu. Kita kena bina kekuatan diri dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, betapa enaknya tidur di antara pukul 4 hingga pagi berbanding dengan bangun untuk solat. Orang yang tiada kekuatan akan terus menyambung tidurnya walau beliau sebenarnya sudah terjaga pada masa tersebut yang sememang telah berjanji dengan diri sebelum bahawa dirinya akan bangun untuk solat malam. Begitu juga dengan amalan yang lain walaupun kita mempunyai keinginan, namun tanpa kekuatan seperti yang  dinyatakan sebelum ini, ianya hanya sekadar keinginan yang akan berulang di waktu yang lain. Oleh itu, binalah KEKUATAN untuk menghilangkan kelemahan diri kita. Sebenarnya kita bukanya KUAT LAWAN KUAT, namun keKUATan untuk MELAWAN keLEMAHan diri kita( KUAT LAWAN LEMAH). Dalam realiti sebenar adalah majoritinya keLEMAHan diri kita MENGALAHKAN keKUATan. Marilah kita mohon kepadaNya agar keKUATan kita MENGALAHKAN  keLEMAHan diri kita,

Leave a Reply