JADIKANLAH SYAABAN TAHUN INI YANG TERBAIK

Sekarang sudah masuk minggu pertama bulan Syaaban. Tidak beberapa hari jika masih dipanjang usia kita akan berpuasa Ramadhan insyaAllah. Kita masih mempunyai masa untuk mempersiapkan diri sebelum masuknya bulan Ramadhan dengan meningkatkan amalan kita pada ‘gear’ 4 sebelum memecut pada ‘gear’ lima di Ramadhan nanti. Mulailah dengan puasa sunat Isnin dan Khamis yang masih tersisa termasuk pada hari ini. Pada yang sudah lazim berpuasa bolehlah tingkat kualiti puasa kita pada tahap A++++ semoga puasa Ramadhan ‘plus’ menjadi semaksima mungkin. Dalamilah ilmu berkaitan puasa dari aspek rukun, sunat dan perkara yang boleh membatal dan mengurangkan pahala puasa, agar puasa yang akan kita persembahkan kepadaNya adalah yang terbaik. Jangan kita sekali-kali memandang ringan setiap aspek berkaitan dengan puasa. Ilmu berkitan dengan puasa yang kita pelajari dulu mungkin sebahagiannya sudah kita lupa atau masih Belum jelas, maka perbahatuilh secara bersungguh-sungguh. Anggaplah kita ini masih ‘ sifar’ berkaitan puasa. Amalan-amalan lain sebagai pelengkap kepada puasa kita perlu dipertngkatkan seperti tadarus serta tadabur al Quran, zikir-zikir, solat sunat, Qiamulai , dan yang utama KEHADIRAN kita untuk solat fardu berjemaah perlu istiqamah dari sekarang. Persiapan dari aspek mental untuk solat terawih perlu dibuat dan tidak lagi kita mencari masjid yang solatnya ringkas dan cepat! Kita bersedia untuk solat sunat sebanyak yang mungkin terutamanya solat terawih. Bimbinglah pandangan mata kita supaya melihat yang dibenarkanNya sahaja, kawallah telinga kita supaya mendengar yang baik-baik sahaja, kawallah pergerakan kaki kita agar ianya menuju ke tempat yang berpahala seperti masjid dan majlis ilmu, latihlah mulut kita untuk sentiasa dibasahi DENGAN zikrullah serta bercakap yang benar dan yang baik-baik, begitu juga dengan anggota kita yang lain. Anggaplah persiapan kita yang rapi ini adalah untuk puasa kita yang terbaik dan mungkin yang terakhir. Selamat be rSyaaban dan berpuasa.

Leave a Reply