JADIKAN SEMUA AMALAN ITU TERPENTING!

Semua amalan yang difardu ‘by hook or by crook’ mesti kita laksanakan. Semuanya muslim pada umumnya melaksanakan suruhan tersebut walau aspek kualiti masih boleh tingkatkan. Amalan-amalan yang selain yang fardukan amat banyak jika dibandingkan dengan yang fardukan. Amalan ini dianggap sebagai pelengkap dan nilai tambah kepada amalan yang difardukan. Amalan selain fardu inilah sebagai penguat kepada peningkatan dalam aspek kualiti kepada amalan yang difardukan. Peningkatan darjat seseorang bergantung kepada amalan selain daripada amalan yang difardu. Oleh kerana kita hendaklah sentiasa jadi amalan selain yang fardukan juga merupa amalan yang terpenting juga!. Apabila kita menanam keyakinan tersebut dalam diri kita, maka kita akan lebih bersungguh-sungguh mengamalkannya, bukan hanya diamalkan pada keadaan atau masa tertentu sahaja!. Amalan yang mudah dan senang dilaksanakan, kita tidak amalkan dengan serius jika kita beranggapan amalan tersebut bukan yang fardu atau diwajibkan. Sebagai contoh, solat sunat rawatib yang muakad kita tidak amalkan secara istiqamah walaupun kita mempunyai masa untuk mendirikan solat tersebut kerena terdapat lintasan di hati solat tersebut hanya sunat dan tidak didirikan pun tidak apa-apa. Pada hal apa salahnya kita ambil beberapa minit untuk mendirikan kerana pada masa tersebut masa tidak terdesak untuk melaksanakan aktiviti lain. Apabila setiap amalan itu kita anggap ianya terpenting, maka kita akan cuba laksanakan jika ada ruang masa dan peluang tersebut kita tidak akan biarkan berlalu begitu sahaja. Kita senantiasa jadi solat malam seperti tahajud itu terpenting kerana itu amalan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang tetap walaupun baginda sudah dijamin syurga. Jadikanlah solat sunat witir adalah solat penutup setiap malam sebagai agenda yang tidak ditinggalkan demi penting yang menjadi amalan yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Oleh kerana kita sebagai hambanya yang sentiasa melakuka dosa sama ada secara sedar atau sebalik kenalah jadikan solat sunat taubat adalah solat sunat terpenting yang kita laksanakan secerap yang boleh (dwiharian).Tadarus merupa menghayatan kalamNya juga perlu dijadikan amalan terpenting walaupun satu ayat setiap hari!. Doa-doa dari sunnah kenalan dihafal dan dijadikan amalan terpenting dalam setiap gerakan dan perbuatan dalam kehidupan seharian seperti doa sebelum dan selepas tidur, doa makan, doa ke masjid ,doa masuk dan keluar masjid dan bermacam-macam doa yang diajarkan hendaklah diamalkan dan menjadikan semuanya penting. Dalam solat selain daripada perkara yang rukun, kita buah nilai tambah bacaan dalam setiap pergerakan dalam solat selain bacaan yang lazim supaya solat mempunyai kualiti yang terbaik. Ramai memandang perkara ini remeh kerana tidak menjadikannya yang terpenting! sedangkan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengamalkannya. Siapalah kita jika tidak ingin menjadikan amalan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai ikutan untuk meraih sebagai hambaNya yang soleh. Laksanakan setiap amalan selagi kita ada ruang dan masa untuk mengamalkannya dan sentiasalah jadikan setiap suruhan itu terpenting sebagai pendorong untuk melaksanakan amalan tersebut secara istiqamah.

Leave a Reply