J0000 Di hentian Pudu Raya

Manusia bersimpang -siur mencari dan menuju arah masing-masing. Hentian yang tidak pernah sunyi 24 jam. Pelbagai watak dan kerenah. Ada manusia menjaja tiket ke destinasi tertentu walaupun pada hakikatnya semua tiket sudah “Sold Out”. Ramai sudah tidak tertipu lagi. Pudu Raya dari tahun 70 an ke alaf baru 2008 masih seperti dulu. Seorang acai mencadangkan hentian ini di pindahkan, katanya kerana sempit dan mengganggu lalu lintas. Ada rasionalnya, tapi identiti hentian ini perlu dikekalkan sebagai kenangan sejarah. Situasi seperti ini banyak yang telah hilang ekoran keperluan semasa. Pudu Raya dulu biarlah kekal. Cuma persekitarannya perlu diperbaiki seprti peredaran udaranya biarlah lebih mesra alam dan tidak menyesakkan. Pudu Raya, Suasanamu menggamit ingatan semasa pemastatutin ku awal 80an dahulu. Biarlah ia kekal apabila aku datang lagi 10 tahun mendatang. Seandainya umurkan mash di kandung badan. Mahuku penggunanya manusia yang beriman.

Leave a Reply