Itulah Kehidupan

Ramai yang mahu mengampai syurgaNya, namun tidak ramai yang berusaha. Ramai yang ingin mengikuti sunnah RasulNya, namun tidak ramai yang dapat mengamalkan sepenuhnya. Ramai yang cuba mencontohi cara Rasulullah s.a.w berpakaian, namun tidak ramai yang dapat menampilkan diri bersesuaian dengan pakaian yang dipakainya.
Berpakaian berjubah, namun selalu lewat berjemaah, masih merokok, masih berborak semasa azan berkumandang. Itu dilihat dari amalan kosmetik, namun amalan praktikal secara amali seperti zikir dan solat serta puasa sunat masih yo yo atau peratusnya menyedihkan!. Apakah puncanya? Kajian secara rambang ( hear and say) adalah berpunca dari amalan secara ikut-ikutan atau tidak berusaha berguru secara talaki .  Untuk istiqamah dan peningkatan dalam amalan, mahu tidak mahu kita perlu humban jauh-jauh sifat, malas, rasa sudah tahu dan suka ikut-ikut ini DENGAN mendalami ilmu secara langsung dan bersiatem agar kita dapat melaksanakan ilmu DENGAN yakin. Sebolehnya mendapat ilmu secara bersanad atau sekurang kita dapat memastikan guru yang dalami ilmu seorang yang mengamalkan ilmunya

Leave a Reply