ISU KALIMAH ALLAH

Walaupun kita menangis air mata darah sekalipun kalimah Allah tetap digunakan oleh orang-orang nasrani sama ada secara senyap atau terbuka(di Sabah dan Sarawak). Ketidak setujuan melalui pelbagai saluran perlu diterus dan digandakan dengan bersungguh-sungguh mengikut saluran undang-undang. Namun, langkah samping yang amat penting di samping usaha di atas ialah mempertingkatan keimanan ummmah. Bermula dalam keluarga iaitu ibubapa, anak dan saudara-mara. Masing-masing memerkuatkan nilai imam dalam kehidupan seharian. Kekuatan dalaman melalui amalan inilah sebenarnya amat digeruni oleh musuh Islam. Sebab itu pelbagai Program dijalankan agar ummmah lalai dari mengingatiNya. Program hiburan, program tv, media yang cetak yang melalaikan dan sebagai dipopularkan dengan begitu hebat. Situasi yang sengaja diujudkan ini menyebabkan masjid hampir kosong di setiap penempatan jika dibandingkan dengan jumlah penduduknya ( tidak keterlaluan jika dinisbahkan 1: 1000 jemaah yang hadir untuk solat berjemaah. Apatah lagi amalan sunat yang merupakan kekuatan dalaman ummmah yang diamalkan oleh orang-orang soleh. Berapa ramai yang melaksanakan doa-doa yang diamalkan oleh para ambia’ dan solehin secara istiqamah ? Berapa ramai yang bangun malam untuk solat malam secara istiqamah ? Berapa ramai yang melaksanakan puasa sunat selain puasa wajib secara istiqamah ? Ramai yang hadir majlis keagamaan tapi berapa yang mengamalkan ilmu yang diperolehi secara istiqamah? Berapa ramai yang tidak jemu-jemu belajar al quran sehingga akhir hayatnya walaupun sudah ada asas telah dalam meguasainya? Manakah yang ramai, yang tahu al quran atau yang buta al quran? Berapa ramai yang celik al Quran bertadarus dan bertadabbur secara istiqamah setiap hari walaupun satu ayat? Berapa muslimah yang yang menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak sebagai seorang muslimah sejati?
Meramaikan apa yang disuruhNya merupakan kunci kekuatan ummmah dalam menghadapi apa sahaja pancaroba. Terjadinya situasi yang mencabar agama kita diharap membuat kita memuhasabah diri dan keluarga kita sama berada di landasan yang menepati syariah atau atau nama Islam semata. Kita yang merasa diri kita, kita yang melihat keluarga kita. Kita yang menjadi ‘role model’ dalam keluarga untuk menjadi keluarga kita ‘ role model’ untuk orang lain agar semuanya menjadi ‘ role model’. Jika semuanya terbentuk ‘ role model’ maka itulah kekuatan ummmah.

Leave a Reply