ISTIQAMAH YANG TERAMAT SUKAR!

Mungkin ramai yang dapat istiqamah dalam ibadat seprti solat di awal waktu dan berjemaah, bangun satu pertiga malam untuk beribadat, berzikir sepanjang masa, puasa sunat dan aebagainya!. Namun terlalu sukar untuk istiqamah menjaga panca indera yang lima dari melakukan dosa!. Iaitu menjaga pandangan yang menyebabkan bertambahnya dosa, menjaga lisan yang menyebabkan bukan sahaja menambah dosa, malah boleh menyebabkan dosa kita diambil oleh hambaNya yang lain, istiaqmah menjaga pergerakan kaki dan tangan merupakan satu kepayahan bagi memastikan kedua bergerak dan berfungsi membawa jasad ke syurga. Perdengaran juga amat sukar dikawal agar mendengar suara-suara yang membawa kepada ketaqwaan. Mohon kepadaMu yang agar dikurnia dan istiqamah menjaga pancaindera yang Engkau anugerahi hanya untuk meraih keredhaanMu. Ya Allah ampuni hambaMu yang lemah dalam istiqamah beribadat kepadaMu dan yang lebih parah ialah kelemahan untuk menjaga lima pancaindera ke arah mendapat redhaMu. Ya Allah ampunilah hambaMu dan kurniakan istiqamah dalam beribadat dan menjaga pencaindera yang Engkau anugerahinya.

Leave a Reply