ISTIQAMAH – TANPA KESUNGGUHAN PASTI GAGAL

ISTIQAMAH -Istilah yang senang diungkapkan dan sentiasa diungkapkan. Namun realiti perlaksanaan tidak semudah ungkapan! Istiqamah untuk melaksana perkara yang baik, memperjuangkan sesuatu yang disuruhNya dalam menegakkan segala suruhanNya. Istiqamah yang sentiasa beredar selari dengan peredaran kehidupan manusia ke arah menuju alam abadi ialah melaksanakan ibadah kepadaNya. Istiqamah melaksanakan ibadat yang fardu dan yang sunat serta sunnah yang diperintahkan mengikut kehendakNya dan yang telah menjadi amalan para solehin. Sebagai contoh solat fardu yang lengkap eksesorinya(rujuk eksesori ibadat dalam artikel sebelumnya) termasuk solat diawal waktu serta berjemaah di rumahNya. Begitu juga dengan amalan-amalan sunat serta amalan sunnah seperti solat sunat, kiamulai, puasa sunat dan sebagainya. Untuk mencapai matlamat sesuatu perjuangan yang suci ianya akan mengambil masa yang panjang dan ujian yang bukan kepalang. Dengan istiqamah kita pasti mendapat hasilnya , jika tidak di dunia, pasti hasilnya akan diperolehi di alam sana yang kekal abadi. Perkara yang utama ialah perjuangan kita menepati perintahNya dan ikhlas kepadaNya.

Tanpa kesungguhan, istiqamah pasti akan gagal. Apabila gagal, amalan kita tidak akan ke mana dan silap-silap salah pengakhirannya. Mudahan kita dijauhi dari sifat tersebut.

Leave a Reply