ISTIQAMAH SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Ganjaran bagi solat sunat sebelum solat Subuh ialah satu dunia dan seisinya. Bayangkan betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan untuk setiap kali kita melaksanakan solat sunat tersebut. Apakah hikmah di sebalik ganjaran tersebut? Secara tersiratnya hanya Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUINYA. Namun, yang tersuratnya ialah dengan adanya keinginan untuk mendapat ganjaran tersebut secara tidak langsung kita akan pastikan kita Akan solat Subuh berjemaah dan bersedia lebih awal supaya tidak terlepas solat sunat sebelum Subuh. Adalah gnjil sekiranya kita menjaga solat sunat sebelum Subuh tetapi tidak solat Subuh berjemaah !. Adalah mustahil kita menjaga solat sunat tanpa menjaga solat fardu!. Adalah mustahil kita hanya menjaga solat Subuh tanpa menjaga solat-solat fardu yang lain! Kesimpulannya ialah jadikan solat sunat Subuh sebagai permulaan untuk solat berjemaah secara istiqamah untuk semua solat fardu. Ingat! Tidak ramai yang berjaya solat berjemaah lima waktu penuh setiap hari. Mulailah dari diri sendiri dan bawalah orang lain secara perlahan-lahan secara dakwah ” face to face” .

Leave a Reply