ISTIQAMAH MESTI DENGAN KEKUATAN DAN KESABARAN

Ganjaran sebenar amalan kita hanya kita nampak apabila kita berada di alam akhirat. Namun secara tidak langsung tanpa atau dengan kita sedari, sebenarnya Allah kurniakan kepada kita semasa di dunia lagi. Oleh kerana itu diri kita gagal beristiqamah dalam beramal kepadaNya. Sememangnya kita telah laksanakan solat lima waktu, namun kita gagal melaksanakannya secara istiqamah solat berjemaah di masjid atau surau. Begitu juga dengan amalan=amalan sunat dalam dan selepas solat, kita kadang-kadang buat dan kadang-kadang kita abaikan. Begitu juga dengan solat sunat, zikir, bangun malam serta seribu satu amalan yang sepatutnya kita laksanakan berdasarkan amalan Rasul sallahu ‘alaiwasllam. Tanpa kekuatan, keyakinan dan kesabaran yang teramat tinggi amatlah sukar untuk istiqamah dalam setiap amalan. Sebagai contoh, tidur merupakan suatu nikmat, sebab itu kita rasa bahagia sekali jika dapat tidur sepuas-puasnya. Bukan mudah untuk meninggalkan nikmat tidur untuk bangun bermunajat kepadaNya di malam yang dingin dan sunyi! Kekuatan, keyakinan dan kesabaranlah yang akan mengatasi untuk kita meninggalkan nikmat tidur yang sementara untuk mengecapi nikmat yang abadi sana nanti dinanti. Binalah kekuatan diri untuk melaksanakan ibadat secara istiqamah dengan apa cara sekalipun. Walau kita tidak dikurniakan ganjaran di dinia. namun yakinlah kita akan berada di alam yang kekal abadi nanti.

Leave a Reply