ISTIQAMAH , DI MANA KITA BERMULA?

Ibadat wajib dan sunat mesti dilaksanakan walaupun dalam keadaan berilmu atau tidak. Solat fardu mesti didirikan, Solat sunat perlu dilaksanakan , amalan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Dalam keadaan jahil sekali pun , apatah lagi jika sudah berilmu! Setiap amalan pasti diterima walaupun berlaku kesalahan selagi mana dalam masa beramal kita mendalami ilmu berkaitan dengan bersungguh- sungguh. Namun. Sia-sialah jika kita beramal tanpa berusaha mendalami sesuatu amslan tersebut.
Di antara langkah pertama ialah mendalami ilmu ALQURAN berkaitan tajwidnya, kerana is berkaitan rapat dengan amalan Solat dan doa kita. Bagaimana Solat dan doa kita diterimaNya jika sebutan al Quran dan doa tidak menepati erti bacaan yang sebenar! Is diikuti serentak dengan ilmu feqah, tauhid dan Sebagaimananya sehingga amalan kita mantap dan selari dengan kehendakNya. Amalan hendak dilaksanakan secara ISTIQAMAH sama ada ianya sudah kita kuasai atau tidak, pokok asasnya ilmu perlu dikuasai di samping amalan terus bergerAk selari.

Leave a Reply