ISTIQAMAH DHUHA LAKSANAKAN DI MANA-MANA

Pada kebiasaannya solat sunat yang amat diberatkan untuk dilaksanakan ditetapkan dilaksanakan di sebahagian malam seperti witir, tahajud, hajat, awabin dan sebagaimananya dan ada sebahagiannya bebas dilaksanakan pada bila-bila masa jika terdapat ruang untuk melaksanakannya. Namun untuk solat dhuha masanya mestilah waktu siang hari iaitu kira-kira 30 minit selepas waktu syuruk sehinggalah sebelum waktu Zohor. Jika dilihat masanya agak panjang, namun yang menjadi halangannya pada waktu merupakan waktu kemuncak untuk mereka yang mencari rezeki. Sebahagian besar masa tersebut diguna untuk melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki. Banyak dugaannya untuk mencuri 5 hingga 10 minit untuk melaksanakan solat sunat dhuha yang menjadi amalan tetap Nabi Sallalahu’alaiwasallam serta para solehin. Kita kena ‘alert’ dengan masa ini bersungguh-sungguh untuk memastikan kita melaksanakannya walau di mana kita berada. Kita kena rancang di mana kita akan melaksanakan solat dhuha setiap hari? Pada hari tidak bekerja kita boleh laksanakan di rumah( pastikan kita solat dhuha dahulu sebelum bergerak ke mana-mana destinasi dan jika terpaksa bertolak sebelum waktu dhuha sila pasti di mana kita akan melaksanakannya? Di perjalanan atau di destinasi kita) sebelum bertolak.
Untuk hari bekerja di boleh lakasanakan di tempat kerja sebelum “punch card” kerana waktu dhuha biasanya bermula 7.30 am di semananjung dan 6.30am di Sabah. Kit boleh juga laksanakan pada rehat jam 10,00 am.Waktu keja kita ‘flexible’ bolehlah kita singgah di mana-mana masjid atau musalla di sepanjang destinasi kita. Bagi mereka yang bekerja sendiri hanya tanya pada hati mahu laksanakan atau tidak!. Laksanakanlah secara istiqamah dam yang pasti Allah akan menyediakan ruang untuk kita. ALLAH MAHA MENGETAHUI dan DIA mencipta kita dan menetapkan segala ibadat yang ditetapkan kepada kita. Sila usahakan laksanakan sesembunyi yang boleh untuk mengelak pandangan serong Masyarakat sehinggalah ianya menjadi amalan umum di tempat kita.

Leave a Reply