ISTIQAMAH

Kekayaan, keilmuan, kesihatan, kerajinan, ketaksuban, ketekunan, kesabaran dan semaksud dengannya merupakan antara faktor yang membawa ke arah mencapai sesuatu matlamat yang berakhir dengan kejayaan. Walau semua faktor di atas saling berperanan tetapi jika tiadanya ISTIQAMAH perancang sudah pasti akan ada kecacatannya. Kalau pun terhasil ia hanya sekali atau sementara sahaja. Apakah tanpa istiqamah anda dapat mengkhatam AlQuran sepanjang masa? Adakah ada berjaya mengamalkan zikir-zikir sepanjang hidup tanpa istiqamah? sudah pasti amat sukar sekali. Penulis telah berazam untuk menulis sekurang-kurang sebuah artikal ringkas setiap hari walaupun satu perkataan, namun blog tanpa sebarang hurup hampir seminggu. Apakah azam untuk khatam AlQuran sekali sepanjang RAMADHAN ini akan berjaya? JAWAPANNYA sudah pasti akan gagal sekiranya tidak dikukuhkan dengan ISTIQAMAH. Mari kita mencuba sesuatu amalan sempena bulan yang mulia ini untuk diamalkan sepanjang hayat secara ISTIQAMAH.

Leave a Reply