ISTERIKU

Isteriku
Entah kenapa tiba-tiba mindaku begitu sayu merindui anak kita yang berada di SANA
(kakak)Zaidatul Edziani nama indah yang kau pilih sudah 26 pergi hanya meninggalkan senyuman manisnya
(Amin)Muhammad Amin nama yang penuh makna yang kau ukir berada di SANA sudah hampir 24 tahun
(Adik)Abdullah Fitri yang sempat kau bermanja dengannya untuk seketika sedang menunggu kita di SANA sudah hampir 12 tahun
Kau masih berupaya membayangi wajah-wajah mereka walau lamanya mereka telah pergi tandanya sangat mendalam sayangmu terhadap mereka

Isteriku
Ku tahu penderitaan yang kau tanggung semasa memelihara di kandungan dan keperitan yang kau alami dek kehilangan mereka memang tak tertanggung
Kau berjaya hadapi penderitaan yang tiada simpati sesiapa
keperitan yang tidak dipedulikan sesiapa

Isteriku
benarlah penderitaan biar ditanggung kita sendiri, manakala kesukaan kita sering dicemburui
namun engkau masih ada Izzi yang menyanyangimu
aku suamimu yang masih dan tetap mencintai

Isteriku
Bersyukurlah kerana ALLAH MAHA PENGASIH
DIA mengurangkan sedikit bebanmu semasa insan lain bertungkus lumus mendidik zuriat masing-masing dan dirinya sendiri supaya tidak terjerumus ke nerakaNya.

Isteri dan anakku
Janganlah kita toleh ke belakang lagi
bersungguh-sungguhlah kita untuk bersama jantung hati kita di FIRDAUSI nanti
Moga Allah rahmati kita untuk menghuni di SANA.

Leave a Reply