INIKAH AMALAN KITA ATAU APAKAH AMALAN YANG PERLU KITA LAKU?

Kebanyakkannya memahami apakah amalan yang ingin dilaksanakan dalam kehidupannya dan ingin dilakukan malah seudah melaksanakan! persoalan sudah memadaikah, atau ,telah menepati syariahkah? Kita sudah berjaya hadir solat berjemaah ada kalanya lima waktu berjemaah, adakala kurang disebabkan ada urusan lain. Persoalan di sini ialah kenapa ada lompang dalam solat jemaah? mungkin ada jawpannya seperti sibuk dan sebagainya. Perkara berkaitan solat berjemaah sebagai contoh bagaimana kita hendak kekal melaksanakan secara berjemaah lima waktu penuh dan sepanjang masa sehingga dipanggilnya(mudahan Allah permudahkan). Ini bermakna sekirang masih ada lompang dalam solat berjemaah bermakna masih ada kekurangan dalam amalan solat kita sebagaimana kehendak syariah. Kita ingin 100 % ikut syariah dalam solat kita dengan solat berjemaah. Maka dengan itu kita hendak dengan bersungguh-sungguh mencari jalan, merancang supaya kita solat berjemaah 5 waktu sehari tanpa lompang dan sebolehnya di masjid. Setiap waktu kita mesti merancang di mana kita akan solatnya secara berjemaah! kalau boleh kita sudah membuat perancangan untuk esok, minggu depan atau bulan depan tempat kita akan melaksanakan solat berjemaah. Kita sudah sediakan pelan strategiknya jika sesuatu yang berlaku di luar perancangan. Sebagai contoh, minggu depan kita kena ‘out station’ atau ada meeting yang mengambil masa solat fardu, maka apakah peancangan kita untuk kekalkan istiqamah solat berjemaah kita!(boleh lihat artikel berkaitan sebelumnya). Begitu juga dengan amalan lain. Sebagai contoh kita menyedari fadhilah tadarus al Quran, maka kita kena amalkan secara bersungguh-sungguh untuk membacanya sekurang 100 ayat sehari. Kita kena rancangan apakah surah tertentu yang mencukupkan kita 100 ayat sekiranya bacaan mengikut urutan surah pada hari tersebut tidak dapat kita laksanakan. Masa untuk tadarus perlu ditetapkan dalam sehari dengan pilihan masa tertentu. Ada juga pelan A, B dan C untuk memastikan kita berjaya melaksananya setiap hari. Begitu dengan amalan lain kita kena belajar, kena amalkan dan kena istiqamah.

Leave a Reply