INGATLAH BETAPA SEDIKITNYA AMALAN KITA, BETAPA BANYAKNYA DOSA KITA, BETAPA MENGHARAPNYA KITA KEPADANYA DAN BETAPA TIDAK SEMPURNANYA IBADAT KITA!

  Apabila kita mengingati BETAPA SEDIKITNYA AMALAN KITA, BETAPA BANYAKNYA DOSA KITA, BETAPA MENGHARAPNYA KITA KEPADANYA DAN BETAPA TIDAK SEMPURNANYA IBADAT maka sudah pastikan kita akan menambah amalan kita, sentiasa bertaubat kepadaNya, sentiasa memohon daripadaNya serta sentiasa menambahbaik setiap ibadat kita. Memperbanyakan amalan-amalan yang diperintahNya melalui Al Quran dan sunnah dengan menambah amalan-amalan sunat sebagai pelengkap kepada amalan wajib seperti solat-solat sunat, puasa sunat, zikir-zikir, tadarus, tadabur , berhubung dengan manusia dan lainnya. Untuk mengurangkan dosa kita yang tidak terhitung, hendaklah sentiasa memohon keampunanNya melalui istighfar yang tidak putus-putus, solat sunat taubat dan sentiasa berazam dan berusaha agar tidak mengulangi atau menambah dosa kita.  Untuk menjadikan kita sebagai hamba yang yakin bahawa DIAlah sahaja yang berupaya memberi sesuatu kepada hambaNya, maka hendaklah kita sentiasa memanjatkan doa sepanjang masa di dalam atau di luar solat. Perbanyakkan doa dalam solat terutama ketika kita sujud serta perbanyakkan solat khusus untuk meminta kepadaNya iaitu solat hajat. Untuk menyempurnakan amal ibadat kita, maka kita hendaklah sentiasa menambahbaik dan menambah nilai semua ibadat kita melalai penambahan dalam aspek ilmu yang meliputi ilmu tauhid, fekah, fardu ain dan sebagainya. Dengan ilmu tersebut kita dapat mengamalkan amalan yang tepat, betul dan selengkapnya sebagaimana amalan Rasul sallallahu ‘alaiwasallam yang kita cintai. INGATILAH DIRIMU SEPANJANG MASA AGAR KITA DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBANYA YANG PALING BERTAQWA.

Leave a Reply