INDAHNYA IBADAT HAJI

BERMULA dengan laungan azan di Dewan menunggu Kelana Jaya, maka bermulalah perjalanan ibadat haji. Kini 100 % tumpuan adalah dalam bentuk ibadat. Untuk memastikan setiap pergerakan kita adalah ibadat, kita kena wujud keikhlasan dalam stiap tingkahlaku sepanjang 40-50 hari berada di tanah suci Makkatul mukarramah dan Madinatul munawwrah. Sudah pasti ibadat khusus iaitu hubingan kita dengan Allah kita tumpukan 100% di samping ibadat umum yang melibat itu hubungan kita dengan makluk jangan sesakli kita abaikan. Sebenar hubungan dengan makluk merupakan ujian yang amat sukar. Untuk itu bermohonlah kepadaNya agar kita sentiasa iklhas berkaitan hubungan kita dengan makluknya. Untuk hubungan kita denganNya bermula sebaik sahaja kita menjejak kaki kita sama ada di tanah suci Makkah atau Madinah. Biasanya bagi tetamuNya yang tiba awal akan bertamu di kota suci Madinah. Sebaik sahaja selesai urusan berkaitan dengan dokumen perjalanan kita akan di bawa ke hotel penginapan.Di sini kita sudah disarankan oleh mutawif agar segera untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi, bergantung masa kita selesai urusan dokumentasi. Sebagai contoh bagi jemaah yang bertolak awal pagi, mereka ini sempat melaksanakan solat fardu Zohor berjeamaah. Diharap para tetamu Allah jangan sekali melepas peluang untuk memulakan solat berjemaah yang pertama yang juga disertai oleh puluhan ribu atau ratusan ribu jemaah. Alangkah beruntunngnya! Buang alasan penat, kerana keinginan beribadat akan menghilangkan rasa penat tersebut. Mulai solat berjemaah yang pertama dan setrusnya dengan bersungguh-sungguh dengan 100% solat berjemaah dengan takbair pertama sepanjang berada di Madinah (kecuali uzur syarie). Untuk hari berikutnya, kebiasaannya jemaah yang komited dengan ibadat dan menyedari tujuan menjadi tetamu Allah akan berada seawal jam 3.00 pagi untuk melaksana qiamulai dan beriktikaf di dalam masjid. Amalan solat malam yang menjadi rutin semasa di tanah air hendak diteruskan dan ditambah jika perlu tertutama aspek kualiti di samping kuantiti. Sila berusaha untuk berada di saf yang paling depan atau di Raudah. Begitu perjalanan ibadat sepanjang 8 hari berada di Madinah sebelum berangkat ke Makkah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. nursery rhymes - Trackback on 2016/06/07/ 13:37
  2. The Rabbit vibrator - Trackback on 2016/07/18/ 05:33
  3. mosqkill - Trackback on 2016/07/28/ 02:40
  4. sơn jotun cao cấp - Trackback on 2016/10/24/ 17:55