IMAN BERTAULIAH DAN IMAM TANPA TAULIAH

Peranan kedua hampir sama iaitu mengimarahkan ummah. Keduanya bertugas memastikan pemukim dapat melaksana solat berjemaah. Tanpa kehadirannya menyebab anak kariah yang agak kurang ilmu agamanya sukar untuk datang berjemaah sekiranya tiada imam di surau atau masjid. Pengalaman lalu, membukti bagaimana suspensenya menunggu kedatangan iman tanpa di surau, takut-takut iman tidak datang, nah! nanti disorong ke depan, habislah, kerana bacaan surah al Fatehah pun belum tentu betul. Maklumlah, masa itu solat berdasarkan ilmu asas yang belajar semasa kanak-kanak dulu.
Jika di masjid perkara ini tidak menjadi masalah kerana ada imam yang telah ditetapkan secara bergilir. Di masjid terdapat imam besar(imam tua), imam muda kanan, beberapa imam muda dan imam rawatib serta bilal yang mempunyai kemampuan untuk mengambil alih tugas imam apabila terdesak(semuanya berbagi). Namun, bagi surau-surau jawatannya sukarela. Kebanyakkan surau hanya ada satu atau dua orang sahaja bersedia menjadi imam. Mereka inilah akan mengurus hal ehwal kariah kecuali sebagai jurunikah. Seorang atau dua imam akan raund up setiap waktu solat bagi memastikan penduduk setempat yang berhalangan ke Masjid di atas sebab yang tidak dapat dielakkan dapat solat berjemaah. Mahu tidak mahu solat jemaah mesti dilaksanakan. Imam di masjid kadang-kadang dalam sehari hanya sekali mengimami solat berjemaah tetapi tidak bagi imam sukarela di surau-surau ini. Jadi kepada imam kampung(kariah) janganlah rasa rendah diri kerana tanggungjawab anda sangatlah besar. Ikhlaskan diri dan sentiasa mendalami ilmu agar setara kalau tidak pun melebihi imam yang bertauliah. Walaupun anda mungkin tidak dipersoalkan dikemudian hari kerana jawatan sukarela, namun anggap suatu tanggungjawab anda untuk meraih rahmatNya.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. things to do - Trackback on 2016/08/24/ 13:35