ILMU

Luasnya ilmuMu
Dipelajari untuk diamali
Tuhanku
Ilmuku yang sedikit ini pun tidak mampu ku amalkan semuanya
Namun, dahagaku bertambah bilaku menggauli ilmu
Biarlah ku amalikan berdikit tapi istiqmah
Biar ilmuMu membawa ku kepada amalan
Bukan kemengahan atau penyedap kata untuk halwa pendengar
Ya Allah jadikanlah diri pendorong untuk orang lain juga beramal.
Biarlah ilmuku sedikit tapi aku mohon daripada mengamalinya secara istiqamah
Aku ingin kesudahanku dengan ilmu yang banyak dan bermanfaat.
Aku inginkan ilmu yang aku amalkan
Aku ingin ilmu dapat dikongsikan dengan hambaMu yang lain serta turut beramal secara istiqamah
Aku ingin semua ilmu dan aku ingin amalkannya secara istiqamah
Makbulkan ya Allah.

Leave a Reply