ILMU TERPENTING DALAM MEMANTAPKAN AMAL

ILMU TAJWID – Supaya setia bacaan dalam ibadat betul dan tepat sebutannya supaya menepati maksud sebenar sesuatu bacaan sama ada bacaan al Quran atau doa. ILMU FIQH – Supaya amalan yang dilaksanakan tepat mengikut hukum, rukun dan selari dengan ajaran Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah Subahanahuwata’ala. Ilmu FIQH memandu kita tentang syarat sah sesuatu ibadat berdasar rukun-rukun yang telah ditetapkan. FIQH juga menyediakan amalan tertentu supaya ibadat kita lengkap dan sempurna dengan tambahan kepada yang rukun sepeti yang wajib, yang sunat serta yang boleh membatalkan ibadat serta yang boleh mengurang pahala ibadat kita. Di samping itu digariskan keutamaan dan fadhilat setiap ibadat serta pilihan-pilihan jika timbul kemasyalahatan. FIQH juga menyenaraikan cadangan amalan harian, bulanan dan tahunan yang jika diamalkan secara istiqamah akan melahirkan hamba yang soleh. Memantapkan kedua-dua ilmu ini merupakan asss kepada amalan harian dan pelengkap kepada ilmu Islam yang lain sepeti ilmu tauhid, usuluddin, muamalat dan sebagainya. ilmunya amat luas dan perlu dipelajari secara konsisten sepanjang hayat secara bertalaqi, pembacaan dan sebagainya. Carilah guru yang berkelayakkan dan mengamalkan ilmu yang diajarinya. Elakkan terlalu ta’sud DENGAN satu dua guru sahaja kerana ilmu itu sangat luas dan terbuka untuk dipelajari dan yang terpenting diamali secara istiqamah.

Leave a Reply