ILMU OH ILMU SUKARNYA ISTIQAMAH

Kekangan kewangan menyebabkan kami terpaksa pindah ke lokasi baru untuk meneruskan program agama bersama al fadhil Ustaz Hj Yacob Lubis. Jarak sekali ganda jauhnya, namun jika dibandingkan perjuagan Rasulullah SAW dalam mengembang syariah, cabaran yang kami hadapi jika dibandingkan dengan hujung kuku pun tidak berbanding. Jika kita ke Mekah al mukarramah dan Madinah al munawarah dan menziarahi gua hira’ tempat nabi menerima wahyu. Gua hira’ berada nun di puncak gunung. Bayangkan jalan berbatu, berduri yang amat curang merupakan laluan harian nabi menerima wahyu. Sekarangpun walaupun laluannya di simen namun bukan semua yang sanggup mendakinya. Gua Sur tempat persembunyian Nabi SAW tidak kurang mencabar dan kita akan menitis air mata apabila melihat laluan ke atas yang berbatu dan panasnya cuaca. Kita lihat sahaja laluan dari Mekkah Ke Madinah, masyaAllah sepanjang jalan yang berbukit bukau berbentu batu, padang pasir yang kering serta cuaca panas yang maksima untuk kehidupan dan jaraknya melebihi 400 km. Cuba bayangkan, begitu peritnya perjalanan Nabi SAW mengembangkan dakwah. Belum lagi kita melihat dakwahnya ke Syam dan lainnya. Suasana peperangan yang dihadapi, dikepung tanpa makanan. Apakah dengan perjalanan ke kuliah agama yang hanya memakan masa beberapa minit dengan kenderaan yang berhawa dingin, kita mengalah. Sedih apabila sebahagian rakan perjuangan yang mempunyai kemampuan melahirkan ketidak sanggupannya kerana katanya agak jauh. pengajaran sepanjang ziarah haji banyak mengajar dalam soal dakwah. ilmu oh ilmu sukarnya istiqamah walaupun untuk updatedkan blog di bilik berhawa dingin pun amat sukar bagiku!!!!

Leave a Reply