ILMU DAN KEFAHAMAN KUNCI ISTIQAMAH

Kesumpurnaan ibadat bergantung kepada ilmu. Ilmu berkaitan solat, puasa, zakat, haji, zikir, sedekah, hubungan dengan makhluk dan sebagainya memerlukan ilmu. Kefahaman dalam aspek fiqh dan sebagainya menjadikan amalan kita menepati sebagaimana diperintahNya. Selain daripada kesumpurnaan amalan kita, kita juga perlu jelas sejelasnya kenapa kita wajib, sunat dan harus melaksanakan ibadat tersebut? Kenapa kita disuruh solat pada awal waktu ?, kenapa kita disuruh solat fardu berjemaah?, kenapa kita digalakkan melaksanakan pelbagai solat sunat?, kenapa kita ditekankan supaya qiamulai?, kenapa kita digalakkan berpuasa sunat 6 Syawal, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud a.s(jika mampu) serta puasa sunat pada hari tertentu? Kenapa kita digalakkan bersedekah? kenapa kita dianjurkan bertadarus dan bertadabbur? kenapa kita diberatkan menghadiri majlis ilmu?dan kenapa kita melaksanakan sesuatu amalan?. Kita kena dapatkan jawapannya dan jawapannya yang perlu kita berusaha bersungguh-sungguha melaksanakanny untuk mendapatkan janjiNya kepada hambaNya, Janji Allah adalah benar. Oleh itu untuk meraih janji bagi menghuni syurgaNya, dengan faham, fokus dan amalkan secara istiqamah dengan membuang segala sifat yang menyebabkan kita mengamalkan sesuatu berdasar ikutan, atau melaksanakan sesuatu amalan berdasar persekitaran atau kelapangan sahaja. Janji balasan nerakaNya adalah benar dan amat pedih balasannya. Carilah jawapan kenapa kita diperintahkan melaksanakan sesuatu amalan dan yakinlah balasan yang akan kita perolehi nanti. Tanpa kefahaman dan keyakinanlah menyebabkan amalan kita tidak istiqamah, sekejab rajin solat berjemaah, sekejab rajin solat sunat, sekejab rajin bertadarus, sekejab rajin menghadiri majlis ilmu, dan sebagainnya dan dalam waktu yang lain membiarkan masa berlalu tanpa meneruskan amalan tersebut secara istiqamah dan nanti datang semula ‘mood’ untuk melaksanakan amalan tersebut kemudian kendur balik!. Puncanya ialah kefahaman dan keyakinan. Jadikan sifat yang demikian itu bukan diri kita!

Leave a Reply