ILMU

Beramallah dengan ilmu supaya apa yang kita kerja tepat mengikut keutamaan. Dalam melaksana sunat rawatib misalnya, kita kena tahu utama. Mengetahui mana rawatib yang muakad dan mana yang tidak muakad. Alhamdulillah jika dapat tunaikan semua solat rawatib. Namun jika keadaan yang terhad kita tahu mana yang utama. Jika tanpa ilmu, ada yang dirikan solat rawatib qabliah maghrib dan mengabaikan ba’diah maghrib, sedangkan ba’diah itu yang muakad! begitu juga dengan solat rawatib isyak! kerana tanpa ilmu kita laksanakan tidak muakad dan tinggalkan yang muakad! Begitu juga dengan dengan amalan solat sunat yang lain atau ibadat yang lain. Jika belum  mempunyai kesempatan melaksanakan semua amalan, utamakan yang muakad berbanding yang tidak muakad. Ilmulah yang memandu amalan kita sama ada menepati syariah atau sebaliknya.

Leave a Reply